Saturday, March 17, 2007

Pondok Ustaz Hj Adnan - Karangan, Kulim, Kedah

Tujuan saya menghantar e-mail ini adalah untuk meminta sumbangan Ikhlas dari Tuan/Puan/Cik untuk menjayakan program Maulidul Rasul di Pondok Islahiah (Pondok Ustaz Adnan) di Sungai Karangan, Kulim, Kedah pada 21 dan 22 April 2007.

Objektif program sambutan Maulidul Rasul ini adalah untuk :

1. Meraikan hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W manusia teragung dan kekasih Allah S.W.T.

2. Mendedahkan kepada masyarakat umum betapa pentingnya institusi pondok untuk kita kekalkan agar dapat mendidik kita dan anak-anak kita dalam hal-ehwal agama Islam.

3. Mendedahkan kita tentang kehidupan seharian dan aktiviti-aktiviti pelajar-pelajar pondok ini kepada masyarakat umum.

Saudara saudari dialu-alukan untuk mengikuti sepenuhnya program yang dijalankan selama 2 hari ini. Dan kepada mereka yang ingin merasai kehidupan tinggal di pondok pengajian ini sepanjang program, sila hubungi saya ataupun Sdr. Zainuddin Shukor untuk mendapatkan maklumat lanjut.

1. Zainuddin Shukor (019-474 4696) / zabdshu@celestica.com / zailiz@time.net.my

2. Sharif Hassan (013-401 1455) / shassan@celestica.com

Yang Benar,
Sharif Hassan

No comments: