Thursday, March 15, 2007

1. Intro kepada Al Jariah

Assalamualaikum !

Kepada semua muslimin dan muslimat yang diberkati oleh Allah SWT, kita semua sedia maklum akan masalah kewangan yang dihadapi oleh institusi-2 pengajian Islam persendirian dan juga rumah-2 anak yatim/miskin/kebajikan seperti Sekolah Agama Rakyat (SAR), Madrasah, Pondok Pengajian Islam dan juga Maahad Islamiah yang terdapat di Malaysia ini.

Oleh sebab itu, blog ini diwujudkan secara sukarela yang bertujuan untuk membantu mendapatkan dana untuk mereka.

Oleh itu, saya ingin menyeru kepada muslimin dan muslimat yang prihatin dan berhajat untuk menghulurkan sumbangan ikhlas anda, bolehlah berbuat demikian dengan menghulurkan seberapa banyak yang termampu pada bila-bila masa kerana sumbangan yang anda hulurkan itu amat bermakna dan bernilai bagi mereka.

Keprihatinan dan sumbangan ikhlas anda mampu memperbaiki dan memajukan lagi institusi-2 ini Insyaallah. Semoga pertolongan ikhlas anda diberkati oleh Allah SWT !

Cadangan adalah dialu-alukan. Anda boleh berbuat demikian dengan menghantar e-mail ke : aljariah@gmail.com

No comments: