Monday, January 18, 2010

Fwd: [myMasjid.net.my] Al-Hadith : Setiap Yang Mempunyai Roh Ada Pahalanya

---------- Forwarded message ----------
From: Abu Heakal <abu.heakal@gmail.com>
Date: Wed, 13 Jan 2010 07:00:02 +0800
Subject: [myMasjid.net.my] Al-Hadith : Setiap Yang Mempunyai Roh Ada Pahalanya
To: Abu Heakal <abu.heakal@gmail.com>, Abu Heakal <abu.heakal@gmail.com>


Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika seorang lelaki sedang berjalan di
jalanan dan beliau amat kehausan, tiba-tiba beliau terjumpa sebuah
telaga. Beliau segera turun ke dalam telaga tersebut untuk meminum
airnya. Kemudian apabila beliau keluar dari telaga tersebut, beliau
melihat seekor anjing mengeluarkan lidahnya menjilat-jilat debu kerana
kehausan. Lelaki tersebut berkata di dalam hatinya: Anjing ini mesti
kehausan seperti aku. Oleh itu, beliau turun semula ke dalam telaga
dan memasukkan air ke dalam kasutnya yang diperbuat dari kulit iaitu
khuf dan menggunakan mulutnya untuk menggigit kasut tersebut supaya
dapat membawa naik kasut yang berisikan air itu untuk diberikan kepada
anjing tersebut. Melihat hal itu, Allah berterima kasih kepadanya, dan
mengampuninya. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya
perbuatan kita terhadap binatang seperti anjing tersebut boleh
mendapatkan pahala? Rasulullah s.a.w menjawab: Setiap yang mempunyai
roh (bernyawa) ada pahalanya.

(Riwayat Muslim)

Subscribe to sabda_nabi-subscribe@yahoogroups.com


--
Sent from my mobile device

best regards,
mohd helmi
| http://frmohd.blogspot.com |

No comments: